Tuesday, 24 April 2012

RASUL DAN KITAB

KITA WAJIB PERCAYA KEPADA KITAB ALLAH
EMPAT buah kitab besar yang diturunkan;
 
KITAB                     RASUL                          BAHASA
1.Taurat               Nabi Musa a.s.                    Ibrani
2.Zabur                Nabi Daud a.s                     Seriani
3.Injil                   Nabi Isa a.s.                       Ibrani
4.Alquran             Nabi Muhammad s.a.w.       Arab

kENALI RASUL

 Nama -nama  rasul
1.Adam 2.Idris 3.Nuh 4.Hud 5.Solleh 6.Ibrahim 7.Lut.8.Ishak 9.Ismail 10.Yaakob 11.Yusuf 12Ayub
13.Shuib 14.Harun 15.Musa 16.Ilyas 17.Zulkifli 18.Daud 19.Sulaiman 20.Ilyasa' 21.Yunus 22.Zakaria
23.Yahya 24.Isa 25. Muhammad s.a.w

INFO

 SYAITAN / IBLIS

Syaitan telah bersumpah akan menyesatkan sekalian anak Adam.

Syaitan akan menggoda manusia untuk melakukan setiap larangan Allah.

Telah dijanjikan oleh Allah bahawa syaitan akan kekal didalam neraka diakhirat kelak.

Setiap orang yang mengikut telunjuk syaitan adalah pengikutnya dineraka kelak.

Monday, 23 April 2012

Madah pujangga

Berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing.
Hati gajah sama dilapah,
Hati nyamuk sama dicicah

PESANAN BESTARI

Jangan meminjam jangan berhutang,
Jangan meminta bantu berulang,
Jangan berserah rebutlah peluang,
Bebas kehidupan sentiasa ditatang.

Jangan mengata jangan mengeji,
Jangan menganiaya, bengis dan benci,
Jangan takbur meninggi diri,
Jangan sesekali memungkir janji.

Latih diri besifat merdeka,
Usaha sendiri setiap ketika,
Jangan sombong asal dan baka,
Kelebihan ibu ataupun bapa.

Ingatlah pesan ku wahai pembaca,
Jangan berdusta ,jangan terpedaya,
Jangan kikir mengasihi yang kaya,
Jangan boros yang sia-sia.

Madah ini saya khabari,
Ingatlah semua muda jauhari,
Jauhilah segala sifat yang keji,
Dirimu kan jadi orang bestari

Renuglah

Ilmu itu cahaya yang menyuluh jalan
Jika tiada ilmu,
Gelaplah masa depan

MASA ITU EMAS